
May Allah guides my words
Alhamdulillah, hari ini Allah berikan peluang kepada saya untuk duduk berbicara dengan seorang sahabat. Dalam dua jam kami berbicara tentang pelbagai isu. Sahabat saya lebih banyak diam daripada bercakap sebab katanya belum cukup ilmu. jadi yang banyak berbicara hanyalah daripada pihak saya yang penuh dengan kekurangan ini.
Pada pendapat saya,perkara yang hendak dibicarakan itu cukup penting.Tenatang halatuju sebuah perjuangan, kepentingan dan apa keutamaannya. Isunya isu yang lama tapi ia perlu disegarkan dengan sebuah pemahaman yang jitu dan mapan.pemahaman yang memerlukan kita turun ke medan yang sebenar dan tidak hanya berlegar-legar disekitar teori yang indah semuanya. Tapi dipihak yang bercakap pun tidak ada yang lebihnya, masih lagi dalam proses mencari kebenaran. mecari-cari mengapa dan kemana??
ketika berbicara dengan sahabat, terkeluarlah perkara-perkara yang tidak sepatutnya terkeluar daripada seorang yang cuba untuk mengejar syaksiah rabbaniah. tidak lama selepas kami habis berbicara, saya termenung sendirian. berfikir mengapa saya telah diucapkan perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan. termenung seketika betapa mudahnya mengucapkan kata-kata yang mungkin mengguris hati seorang sahabat. ketika termenung itu teringat satu hadis yang diriwayatkan oleh nabi s.a.w yang dihimpunkan oleh imam annawawi didalam matan arba'in.
Hadis Kelimabelas:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. “
(riwayat bukhari dan muslim)
wahai jiwa yang tenang, berkatalah yang baik atau diam.
No comments:
Post a Comment