Friday, March 11, 2011

Gentarasa

diri ini ingin sekali berlari kepada tuhan,
tapi pasti setiap kali aku akan rebah,
rebah di jalan ini,
ya Allah ampunkanlah aku,
lantas aku bangkit kembali,
meneruskan perjalanan menuju redha ilahi
di dalam perjalanan,
aku pasti terpedaya dengan jalan-jalan kecil yang menyimpang,
lantas aku tersedar kemudian aku berpatah balik,
cuba mencari jalan yang lurus kembali kepada ilahi,
dan kitaran itu terus berlaku,
hingga aku merasa malu,
malu kepada sang pencipta,
malu untuk ke sekian kalinya mengucapkan,
Ya Allah, ampunkanlah aku,
di dalam hati aku percaya Allah itu maha pengampun,
tapi sifat hati ini yang sentiasa bermain-main,
menghalang aku untuk terus gagah berlari kepada tuhan...

Sunday, January 9, 2011

Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang

Bismillahirrahmanirrahim

Aku mulakan bicara kata dengan ungkapan yang sangat selalu diungkap oleh ramai orang termasuk diri ini; Al-eeman yazidun wa yankus (iman itu bertambah dan berkurang). sangat tepat sekali kat-kata tersebut. Tidak dapat dipastikan samada kata-kata itu merupakan hadith ataupun athar atupun hanyalah satu ungkapan kata-kata hukama'. Disini aku tidak ingin membicarakan tentang kesahihan kata-kata tersebut kerana aku bukanlah orang yang selayaknya. Tetapi jika diperhatikan maknanya sangat benar sekali pada pandangan aku yang lemah ini.

Ada kalanya iman manusia itu berada di tahap yang sangat tinggi, ada kalanya iman itu jatuh merudum sehinggakan susah untuk dia bertahan dengan godaan dunia. terdapat satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Beliau pernah bertanya Rasulullah mengenai iman. “Adakah iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang?” Jawab Baginda saw: “ Ya, iman seseorang itu boleh bertambah hingga (akhirnya) ia masuk ke dalam syurga dan (iman juga boleh) berkurang sehingga seseorang itu (akhirnya) masuk ke dalam neraka.”